Mengisi Borang Permohonan Nikah Secara Online

12 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2019 yang lalu telah diadakan kelas mengisi borang permohonan nikah secara online. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 pasangan yang bakal bernikah pada hujung bulan ini.

Antara yang diajar adalah cara mengisi butiran peribadi pemohon serta pasangan mengikut langkah-langkah yang betul. Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengemaskini maklumat seperti mengemaskini alamat dan sebagainya.

Akhir sekali peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mencetak borang yang telah siap diisi sepenuhnya sebelum dihantar ke pejabat agama. Kelas ini banyak membantu mereka yang kurang mahir dengan teknologi ICT serta dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam penggunaan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali